Feed on
Posts
Comments

A Pray

Happiness keep you sweet,
Trials make you strong,
Sorrow keeps you human,
Failure keeps you humble,
Success keeps you glowing,
And God keeps you going..

May Allah bless you.

Pimpin Daku..

Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan ancaman Allah..

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..

Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..

Jika antara kita ada tembok pemisah,
Ajaklah aku meleraikannya segera..

Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah agar lukamu terhapus..

Dan jika aku lena tanpa jaga,
Iringilah lenaku dengan kalungan doa..

Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita untuk selamanya…

1000 helwah…

Inginkan mutiara selamilah lautan..
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan..
Inginkan kejayaan perlukan pengorbanan..
Ketahuilah setiap kepahitan sebenarnya terkandung 1000 kemanisan…

Renungan…

Barang siapa tiada adab, bererti ia tiada ilmu…
Barang siapa tiada kesabaran, bererti ia tiada agama…
Barang siapa tiada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya…

Taman Syurga

Sabda Rasulullah s.a.w:

”Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:”Apakah itu taman syurga?”Jawab baginda:”Majlis Zikir.”

(Riwayat at-Tirmidzi)

Ahlan Ramadhan

Sabda Nabi s.a.w. : “Siapa yang gembira dengan kedatangan Ramadhan, maka Allah mengharamkan jasadnya dari dibakar api neraka”

(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

Sifat Orang Mukmin

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya.”

(HR Bukhari Muslim)

Sujud..

Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah, daripada Dia melihat hambaNya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”

(Riwayat Imam Thabrani di dalam Ausath).

Sebelum Lena…

Hiasilah tidurmu dengan titisan air sembahyang,
Lelapkan matamu dengan alunan zikrullah,
Selimutkan dirimu dengan kalimah syahadah,
Alaskan tidurmu dengan sepotong doa…

Ganjaran

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dengan mata air terpancut padanya.”

Al-Hijr : 45

Older Posts »